MODEL HANAFFIN DAN PECK

Model reka bentuk Hannafin dan Peck (1988) (Rajah 4.5) melibatkan tiga fasa iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk dan fasa perlaksanaan. Setiap fasa dinilai, diuji dan disemak secara berasingan untuk melihat keberkesanan secara berterusan.
Fasa analisis keperluan digunakan untuk mengenal pasti keperluan pembinaan perisian multimedia. Peringkat analisis adalah peringkat yang paling kritikal kerana peringkat ini menentukan keupayaan keseluruhan perisian yang dibina. Analisis terhadap pengguna, analisis terhadap persekitaran pembelajaran serta kandungan dan matlamat perlu ditentukan terlebih dahulu sebelum fasa reka bentuk dan perancangan dilaksanakan.
Fasa ini terbahagi kepada dua iaitu fasa analisis keperluan tafsiran dan fasa analisis keperluan perisian. Fasa reka bentuk digunakan untuk memindahkan maklumat yang terdapat di fasa analisis keperluan kepada satu lakaran fizikal yang digunakan semasa proses pembinaan. Kesemua maklumat keperluan yang digunakan dalam proses reka bentuk boleh didapati dari analisis yang dilakukan dalam fasa analisis permulaan. Kesemua elemen utama yang telah direka bentuk dalam fasa sebelum ini perlulah digarapkan ke dalam perisian dengan berbantukan alat pengarangan. Fasa Penilaian merujuk kepada proses pengujian dan penilaian perisian yang dibangunkan. Fasa ini secara tidak langsung menguji keseluruhan fasa. Jenis penilaian yang terlibat dalam fasa ini ialah penilaian formatif dan sumatif.
Fasa 1 : Analisis keperluan
Fasa 2 : Reka bentuk
Fasa3 : Pembangunan dan perlaksanaan
Fasa 4 : Penilaian dan pengulangan
Model Hanifin dan Peck (1988) memberi penekanan kepada keupayaan kelas untuk menerima pengajaran dan pembelajaran berasaskan media. Model ini juga sesuai digunakan untuk skop pengajaran dan pembelajaran yang tidak luas serta dalam kumpulan sasaran yang terhad.
Hanafin.jpg