MODEL ADDIE

Rajah 4.1. Aliran kerja berdasarkan model ADDIE
 Rossett (1987) telah memperkenalkan model reka bentuk bersistem ADDIE, model ini diwakili oleh aliran kerja di bawah:
Analisis
Dalam langkah ini, pembangunan perisian perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi dan cara menyelesaikannya. Masalah boleh dikenal pasti melalui temu bual, pemerhatian, tinjauan, soal-selidik dan sebagainya. Setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi, pembangunan perisian perlu mencari punca atau faktor yang menimbulkan masalah tersebut. Dalam fasa analisis ini juga, aspek persekitaran pembelajaran, analisis terhadap pengguna dan objektif pembelajaran dikenalpasti. Pembangunan perisian perlu membuat penilaian terhadap perkara-perkara berikut:
  • Analisa(Analysis)
  • Reka Bentuk(Design)
  • Pembangunan(Development
  • Perlaksanaan(Implementation)
  • Penilaian(Evaluation)
  1. Matlamat perisian
  2. Objektif perisian
  3. Kumpulan sasaran
  4. Kandungan perisian
  5. Pendekatan pedagogi
  6. Strategi penggunaan perisian

Kesemua analisis ini, dilakukan bagi memastikan reka bentuk pengajaran bersistem yang dihasilkan menepati atau memenuhi keperluan pengguna yang sebenarnya.

Reka Bentuk Perisian

Fasa reka bentuk ialah proses memindahkan maklumat daripada fasa analisis kepada satu lakaran fizikal yang akan digunakan semasa proses pembinaan. Kesemua maklumatkeperluan dalam proses reka bentuk ini diambil dari fasa analisis permulaan. Dalam mereka bentuk perisian multimedia, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

i) Menentukan kandungan perisian berlandaskan kandungan yang telah     dirangka dalam fasa analisis.
ii) Menentukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan objektif pembinaan perisian.
iii) Menentukan kaedah penyampaian maklumat mudah difahami dan bersesuaian dengan pengguna.
iv) Menentukan reka bentuk paparan bersesuaian dengan teori pembelajaran dan strategi pembelajaran yang telah dirancang.

Pembangunan Perisian

Pembangunan perisian melibatkan proses membangunkan atau menghasilkan perisian dengan mengunakan aplikasi multimedia dan alat pengarangan. Pembangunan perisian perlu dibangunkan berdasarkan reka bentuk yang telah ditetapkan dalam fasa rekabentuk. Proses membangun perisian ini melibatkan pakar-pakar perisian dan memakan masa yang lama.
Perlaksanaan Perisian
Fasa ini digunakan oleh pembangun perisian untuk membangunkan dan melaksanakan perisian multimedia. Kesemua elemen utama yang telah direka bentuk dalam fasa sebelum ini perlulah digarapkan ke dalam perisian dengan bantuan alat pengarangan.

Proses kerja dalam fasa ini ialah
i) Membangunkan perisian
ii) Menilai perisian mengikut aspek-aspek yang ditetapkan
iii) Menguji kestabilan perisian
iv) Pengubahsuaian dan membaik pulih perisian bagi membaiki dan meningkatkan
lagi kualiti perisian.

Fasa Penilaian

Fasa ini merujuk kepada proses pengujian dan penilaian perisian yang dibangunkan bagi memastikan isi kandungan, grafik, audio, video dan antara muka perisian bersesuaian.Fasa ini juga menguji adakah objektif perisian tercapai ataupun tidak. Menurut Cozby,P.C (2001), bagi menjamin satu sistem berjalan dengan lancar dan mencapai objektif,penilaian harus dilakukan. Jenis penilaian yang digunakan dalam menilai perisian ialah penilaian formatif dan sumatif.